Feb 21, 2008

Pilihan Raya Umum 2008

8 Mac 2008 merupakan tarikh keramat kerana ia merupakan hari untuk rakyat Malaysia membuang undi serentak di seluruh negara. Inilah masa yang dinantikan oleh rakyat untuk menentukan siapakah paling layak memerintah dan meneruskan legasi negara berbilang kaum yang sekian lama diamalkan di negara ini. Titik tolak kemajuan dan pembangunan negara bergantung kepada wakil rakyat yang bakal dipilih sama ada untuk meneruskan visi mantan negara atau menolak dan melakukan perubahan mengikut acuan semasa. Di dada akhbar banyak memberi pendapat menyatakan undi yang bakal diperolehi dalam pilihan raya tahun ini bergantung penuh kepada pengundi-pengundi rasional kerana merekalah yang bertanggungjawab menentukan nasib parti yang memerintah pada sebelum ini. Dalam masa yang sama SPR menyatakan akan melakukan perubahan drastik dalam proses pilihanraya kali ini, antaranya pengiraan undi akan terus dilakukan di pusat pembuangan undi serta memansuhkan nombor siri pada cetakan kertas undi untuk menjamin rahsia parti yang menjadi pilihan para pengundi yang layak.
Ini adalah kali kedua dalam hidup aku mengundi selepas kali pertama pada tahun 2004. aku tidak mahu melepaskan peluang mengundi kerana ini adalah hak bagi setiap rakyat untuk menentukan siapakah yang layak mentadbir negara ini. aku tak mahu menyesal kerana tak mengundi lebih-lebih lagi parti yang tak layak memerintah negara. Lebih parah lagi kalau bukan melayu teraju negara ini. Oleh itu aku nasihatkan kepada kawan-kawan yang baca blog aku ni, pergi la keluar mengundi 8 Mac nanti. Tentu korang semua tak nak negara kita jadi macam negara selatan semenanjung yang dulu melayu perintah tapi sekarang bukan melayu yang berkuasa dan ada hati nak tawan sebahagian negara ni. Tentu korang tak sedar komander tentera diorang belajar taktik perang dari negara yahudi yang pernah jajah Palestin, nasib baik kita sempadan air, kalau darat dah lama dah diorang blitzkrieg negara ni.

Sep 11, 2007

Malaysia Pamer Kekuatan Senjata Semasa Hari Kemerdekaan

Bentuk SU-30MKM yang bakal diterima.
kokpit untuk pegawai WSO kokpit untuk juruterbang jet pejuang.
Senjata-senjata pertahanan ditayangkan semasa hari perarakan hari kemerdekaan ke 50 yang lalu. Antara senjata yang ditunjukkan ialah kereta kebal utama PT-91M, MLRS Astross, ATGM Kornet, Helikopter Super Lynx, Dauphine, Mi-17, MiG-29N dan tidak ketinggalan SU-30MKM. Lintas hormat helikopter dari berbagai agensi kerajaan menaikkan semangat rakyat ditambah pula dengan pertunjukan manuver dari jet pejuang SU-30MKM yang melakukan kuang balik 'Cobra' dan 'Bell manuver' menunjukkan jet pejuang tersebut sangat berprestasi tinggi sama ada untuk dogfight atau serangan jarak jauh jika terlibat dalam konflik. Seharusnya kerajaan menambah aset SU-30MKM memandangkan Amerika yang berdolak dalik dengan permintaan Malaysia untuk pembelian 18 buah pesawat F/A-18F Super Hornet. Amerika mungkin meluluskan pembelian jet tersebut tetapi jika hanya diterima dalam masa 10-15 tahun lagi, ia tidak bermakna dari segi kepentingan Malaysia kerana teknologi avionik mungkin sudah lapuk untuk digunakan pada masa akan datang. SU-30MKM terbukti pesawat superioriti yang boleh menandingi F-22 Raptor US dan teknologi avioniknya boleh diperkembangkan dan mampu bertahan untuk 30 tahun dari sekarang.