Sekarang ni arifah dah bleh bezakan siang malam (berat dah masuk 4kg..) so dapat la amik gambar dia time bukak mata, sll tido je kalau amik gambar.. dah ada reflek kalau orang sebut nama dia n mampu fokus pada benda yang dia nak tengok. means dia dah nampak 100% n sekarang dalam proses nk belajar la.. yang aku dapat detect time hp aku fokus kat dia je dia ready untuk amik gambar, mcm kat bawah nie.. maybe ikut stail mummy dia suka amik gambar berbanding ngan aku nie yg mmg x suka diambil without permission..
Jul 14, 2008
Jul 8, 2008
Jul 7, 2008
Arifah Darin (Minggu Ke-3..)
Minggu lepas aku balik kota tinggi lagi, jenguk anak n wife kat sana.. sebenarnya rasa nak bawak balik je diorang berdua duk kat KL, tapi fikir-fikir balik susah pula wife nak handle pantang bila takde sape tolong kat sini. skrg nie aku kena keje je, tapi time keje terfikir plak wife n daughter kat sana. bila time balik keje kat umah, mula la terbayang-bayang arifah kat dalam katil baby n wife ada kat umah. I miss both of u.. Arifah Darin time aku nk amik gambar dapat captured time dia tgh tido je.. kalau dia bangun time menangis nk susu, mandi.. time2 yang kami berdua sibuk handle si dia nie.. nk bedung badan dia pun lepas menyusu, kalau tangan masa dia tido x bedung tu maknanya dah lebih sejam dia tido nk tunggu menyusu balik.
bagi dia tido meniarap sekejap,
takut dia penat tido menelentang je..
Label:
Arifah Darin
Jun 30, 2008
Arifah Darin (Minggu Ke-2..)
Hari jumaat 27hb jun 08 aku balik kampung sebabnya wife and Darin berpantang kat sana. Dalam tempoh sebulan lebih nie, sabtu ahad mmg kena balik.. minggu lps nk tunggu 3 hari pun dah rasa rindu sgt kat Darin. Hari jumaat petang kul 6 naik bas dari puduraya, malam sampai kul 11.15pm. dapat msg dari wife, Darin x bleh tido.. mata dia terbuka je tapi senyap x nangis sbb baru lps menyusu.. biasa time kul 11 dia dah tido dah tapi wife ckp maybe dia tau abah nk balik n nk tunggu abah sampai umah.. gambar Darin yang latest dah aku upload..
the only thing i can do right now is..
take a nap..
Label:
Arifah Darin
Jun 26, 2008
My newborn baby, Arifah Darin..
Alhamdulillah.. bertarikh 19 Jun 2008, isteriku selamat melahirkan cahaya mata pertama.. seorang baby perempuan yang comel dengan berat 3.35kg.. Isteriku terpaksa melalui pembedahan caesarean. Lebih kurang satu jam pembedahan dijalankan di Hospital Ampang, dengan perasaan penuh debar, aku berdoa pada tuhan agar kedua-duanya selamat. Tepat jam 1.30ptg aku ternampak jururawat membawa keluar bayiku untuk dibersihkan. selang 2 jam kemudian isteriku pula selamat keluar dari dewan pembedahan. Aku mengazankan Arifah selesai isteriku dihantar kembali ke wad. syukur kedua-duanya selamat.. hanya Allah yang tahu perasaan aku semasa menunggu mereka di dewan pembedahan.


1 hari..
Hari ke 5..

Label:
Arifah Darin
Feb 22, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)