Alhamdulillah.. bertarikh 19 Jun 2008, isteriku selamat melahirkan cahaya mata pertama.. seorang baby perempuan yang comel dengan berat 3.35kg.. Isteriku terpaksa melalui pembedahan caesarean. Lebih kurang satu jam pembedahan dijalankan di Hospital Ampang, dengan perasaan penuh debar, aku berdoa pada tuhan agar kedua-duanya selamat. Tepat jam 1.30ptg aku ternampak jururawat membawa keluar bayiku untuk dibersihkan. selang 2 jam kemudian isteriku pula selamat keluar dari dewan pembedahan. Aku mengazankan Arifah selesai isteriku dihantar kembali ke wad. syukur kedua-duanya selamat.. hanya Allah yang tahu perasaan aku semasa menunggu mereka di dewan pembedahan.


1 hari..
Hari ke 5..

1 comment:
ikut muke sapa ni? mak ke bapaknye?:p
Post a Comment